Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh pada Sabtu dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan penumpang dan sebuah trak kargo ringan di wilayah selatan Tacna, Peru, menurut berita Xinhua memetik media tempatan.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 5:30 pagi waktu tempatan di lebuh raya dekat Campo de la Alianza, apabila sebuah bas antara wilayah berlanggar dengan kenderaan penumpang antara bandar dan trak terbabit, Xinhua memetik laporan stesen radio swasta Exitosa.

